Monday, 16 May 2016

No tittle.

Kau nak tahu satu benda? Jadi perempuan akhir zaman ini susah gila tahu tak. Nak tetap utuh dengan prinsip hidup sama macam genggam bara api. Ada masa kau kuat ada masa kau akan rasa lemah yang amat.

Untuk jadi seindah mawar berduri itu sejujurnya sangat payah. Seolah kata-kata itu hilang daripada kehidupuan seorang Rumaisa. Mana perginya seorang perempuan yang berprinsip itu? Mana pergi sifat berani dalam jiwa seorang Rumaisa? Dan jangan kerana itu engkau mempersoalkan mengapa hati kau tidak tenang!

Duduk senyap-senyap. Kenapa kau memilih nama Rumaisa pada asalnya? Mengapa? Sebab cita-cita kau nak jadi ketua bidadari dalam syurga kan? Kau bercita-cita nak jadi sayap untuk terus membantu dalam kebaikan? Sayap itu tidak semestinya kau mesti menjadi pelengkap untuk imam kau. Imam? Are sure? Berapa kali kau jadi makmum untuk imam yang tersedia di masjid. Kau ada peluang itu tapi kau ketepikan semata nak makan dengan kawan kan? Semata nak berjumpa kawan kan? Semata kau malas kan? Hey bukan ke kau cakap nanti suami kau untuk ummah. So be an independent girl! 

Eh Rumaisa!
Ingat dekat bahu kau tergalas amanah. Jiwamu kecewa jiwamu rebah lagi dan lagi. Tapi apa kau lupa segala nikmat yang Tuhan bagi dekat kau? Dasar muka tak malu! Dapat nikmat kau lupa dapat musibah kau merengek. Solat qiam mathurat kau? Al- Quran kau? Itu pun kira bersyukur Dia izinkan kau hidup lagi.

Dah la Rumaisa. Berhenti kecewa berhenti main berhenti semua itu. Ingat Tuhan tak pandang hasil tapi Tuhan pandang usaha. Mak Abah keluarga kau mengharapkan kejayaan kau. Apa yang kau dah janji dalam diri kau? I must be somebody in the future atleast for your future nieces and your nephews.

Jaga nama baik Islam. Ingat Rumaisa. Bila Islam datang baru martabat perempuan diangkat. Manusia yang betul cintakan kau sedang tunggu kau sebut nama dia. Baginda Rasullulah s.a.w Baginda yang bertarung nyawa bermandi darah untuk sebarkan Islam dan membela maruah kau. Kau marah bila hak perempuan dicabuli. Kau marah bila perempuan nak bunuh diri pasal lelaki? Kau marah bila perempuan ke hulu ke hilir dengan lelaki ajnabi. Kau sedih bila kau baca ada perempuan yang sanggup rendahkan harga diri kerana seorang lelaki. Kau panas tambah meluat bila kau tengok lelaki perempuam yang belum kahwin panggil abang sayag.. (sejujurnya nak muntah!)

Then Rumaisa. You must avoid it.Take a first step. Malu tahu bila orang ingat kau baik tapi hakikatnya...Allahu Rabbi. No need to be an icon but atleast help others to remember Allah when they see you.  Ingat setiap kali bila kau sakit bila kau mengeluh kenapa mesti Rumaisa kenapa bukan orang lain? Ingat jawapan Mak.. sebab Rumaisa akan jadi penghalang api neraka untuk mak abah. Put effort.Allah will help!

Wednesday, 28 May 2014

Aku bersendirian.Sungguh air mata ialah teman sejati sejak kebelakangan ini.Aku tidak tahu mahu bermula dari arah mana.

Termenung.
Redah atau rebah.

Satu suara halus memujuk.Moga datangnya dari iman yang makin menipis.

'Tawakal kepada Allah, Rumaisa.Berapa banyak halangan yang Rumaisa sudah mampu tempuhi.Sudah jauh kau berjalan. Rumaisa..Sabar dan tabahlah.Allah sedang berbicara denganmu.Percayalah pada hikmah'.Bisik suara halus itu.

Untuk terus rebah,aku tak mampu.Banyak tanggungjawab yang mesti aku pikul.Untuk meredah aku tak sekuat dulu.

'Pasti ada sinar buat dirimu.Indah itu tepat pada masanya.Jika tidak di dunia pasti di akhirat.Berjalanlah dengan berpegang teguh bersama janji Tuhan.Dia tidak akan mengecewakan.' sambung bicara makhluk halus.

Rumaisa tunduk lemah.

'Sejujurnya aku tak tahu ke mana hilangnya Rumaisa yang dulu.Rumaisa yang tetap bangun dan cekal untuk tetap meredah.Sepatutnya bila makin dewasa makin waras membuat keputusan.Bukan makin emotional.Speechless.'






Thursday, 1 August 2013

Kuasa doa

'Assalamualaikum Rumaisa' kedengaran suara seorang lelaki yang agak cemas

'Walaikumusalam,kenapa suara kau macam cuak je?Baru lepas kena kejar dengan hantu ke apa?' Nada suaraku kedengaran pelik.Ya memang aku pelik.Selalunya dia jenis yang tenang.

'Classmate kita accident teruk.Sekarang aku dekat hospital ni.Kalau kau free tolong datang secepat mungkin.Kami tak berapa tau sangat selok belok hospital ni'

'Ya Allah..siapa yang accident?Kau dekat hospital mana sekarang ni?Aku gerak sekarang'

'Syabab.Dia ada dekat emergency Hospital Setapak.Kalau boleh kau sampai sini as soon as possible'

'Ok'

Talian dimatikan.Aku segera menyarung jubah dan tudung labuh berwarna hitam.Kunci kereta di ambil dan meneruskan pemanduan ke hospital tersebut.Had laju yang ditetapkan tidak ku endahkan.Dalam fikiran aku mesti sampai ke sana secepat yang mungkin.

Aku terus bergerak laju ke bahagian emergency.Dari jauh aku nampak semua kawan-kawan lelaki aku.Mereka kelihatan resah.

'Macam mana Syabab.Dia dekat mana sekarang?' Sambil mata melilau mencari.

'Dia ada dekat red zone sekarang.Kitaorang tak boleh masuk dalam.Doctor suruh kami tunggu disini.' Mata Handzalah kelihatan sangat merah.

'Ok.'

Walaupun doctor tidak membenarkan mereka masuk tapi aku tetap cuba meredah.Tak cuba tak tau.Segala skill aku gunakan untuk meloloskan diri dalam bilik rawatan emergency.Akhirnya Alhamdulilah aku lepas.Terima kasih kepada pengalaman hidup.Tak sia-sia aku keluar masuk hospital masa kecil dulu.Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Mesti ada sebab bezanya kita nak tengok atau tidak sahaja.

Kedengaran suara doktor dan jururawat berbincang sesama mereka.Mula-mula aku tak tau mana satu katil Syabab sebab semua tirai katil bertutup.Tiba-tiba kedengaran suara seorang doktor bercakap sambil menyebut nama penuh Syabab.Telingaku jelas mendengar arahan yang dikeluarkan oleh doktor.Mungkin doktor pakar teka ku.

'Syabab mesti menjalani pembedahan dengan segera.Kalau kita lambat kemungkinan besar dia tak dapat diselamatkan'

Aku terkedu.

Doktor tersebut terus keluar dalam keadaan tergesa-gesa.Tanpa menunggu lama aku berlari mengejar doktor lalu mengenalkan diriku.Muka doktor itu agak terkejut bagaimana aku boleh masuk ke sini tapi itu soal kedua.Soal pertama ialah keselamatan Syabab.Aku menggangguk lemah apabila doktor menerangkan keadaan sebenar Syabab.

Sementara aku cuba menenangkan diriku doktor memberikan borang untuk di isi.

'Borang Kebenaran Melakukan Pembedahan'

Doktor meminta aku memanggil waris terdekat Syabab.Keluarganya semua ada di Kelantan.Aku buntu.Aku meminta masa paling lama 15 minit.Aku mahu berbincang dahulu bersama kawan-kawanku yang setia menunggu diluar.

Aku berlari menuju ke arah kawan-kawanku.Dalam masa yang sama ada beberapa mata memandangku.Mana tak pelik perempuan yang berjubah dan bertudung labuh berlari di tempat awam.Tapi aku rasa dengan riak muka ku sekarang ini semua boleh mengagak yang aku dalam keadaan terdesak.Biarkan mereka.

Setibanya aku di hadapan mereka,bertubi-tubi soalan yang diajukan.Aku menarik nafas dalam-dalam lalu mencuba sedaya upaya menerangkan keadaan Syabab dalam ayat yang paling ringkas.Salah seorang dari mereka hampir pengsan apabila mengetahui keadaan sebenar.Belum sempat aku memberitahu mengenai borang pembedahan itu kelihatan seorang perempuan dengan wajah yang amat sayu.Aku dapat mengagak itu kakak Syabab.

Sehari sebelum Syabab mengalami kemalangan dia memuat naik foto di account facebooknya bersama kakaknya.Dengan pantas aku menegur kakak tersebut. Aku menceritakan keadaan sebenar.Syukur kakak tersebut kelihatan sangat tenang.Aku menyerahkan borang tersebut.Dengan lafaz yang paling mulia iaitu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang Kak Siti menandatangani borang tersebut.

Aku menitiskan air mata.Alhamdulilah.Pertolongan Allah hadir tepat pada masanya.Paling penting sentiasa bersangka baik kepadaNya.Sebenarnya dari mula aku mendapat berita ini hatiku tak putus-putus berdoa.Alhamdulilah.Pembedahan sepatutnya dilakukan pada jam 3 petang tapi berjaya diawalkan pada jam 2 petang.Syukur!

Selepas hampir 8 jam menunggu di ruang menunggu akhirnya doktor yang mengetuai pembedahan Syabab keluar.Dia memberitahu bahawa keadaan Syabab dalam keadaan terkawal dan pembedahan berjaya.Doktor juga memaklumkan berdasarkan kes-kes sebelumnya selalunya pembedahan yang dilakukan memakan masa lebih 8 jam kerana prosesnya yang rumit.Entah kenapa berbeza dengan kes Syabab.Aku tersenyum.

Selepas Syabab masuk dalam dewan pembedahan aku mengarahkan kawan-kawan ku melakukan solat hajat beramai-ramai dan membaca yassin.Mohon Allah permudahkan segala-galanya.Dalam masa begini hanya Allah tempat kami bergantung.

Benarlah Allah membantu!



Tuesday, 30 July 2013

....

Kipas berpusing laju.Niat untuk menyiapkan Buku Jalinan Kasih Sayang berkobar-kobar.Tangan membelek rak buku.Tiba-tiba mata terpandang sebuah majalah.Tersenyum sendirian melihat majalah tersebut.Majalah sekolah tahun 2007.Waktu itu umurku baru 14 tahun.Pantas sungguh masa berlalu.Zaman yang penuh dengan suka duka.
________________________________________________________________________________
‘Rumaisa, tahun depan Rumaisa masuk Tingkatan 1 dekat sekolah belakang rumah kita je la’ kata Mak.

Hatiku membentak.

‘Tak nak lah Mak.Rumaisa nak masuk sekolah berasrama yang ada aliran agama.Kalau tak dapat nak masuk sekolah asrama pun hantarlah Rumaisa sekolah lain’ jawabku.

‘Kenapa Rumaisa tak nak masuk sekolah itu?’ mak bertanya.

‘Ye la Mak.Banyak cerita tak best la Rumaisa dengar.Macam-macam.Ngeri pun ada’ jawabku dengan harapan Mak memahami.

‘Rumaisa,belum tentu lagi cerita itu semua betul.Kadang-kadang apa yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.’Mak memujuk.

Sungguh terlalu banyak cerita yang kurang enak aku dengar  mengenai sekolah .Sebab paling utama aku nak masuk sekolah agama pun sebab aku terlalu sayangkan Bahasa Arab.Lagi satu aku teringin nak belajar berdikari.Nanti kalau masuk sekolah biasa mana ada belajar benda-benda ini semua. 

Akhirnya aku akur dengan nasihat Mak.Dalam hati tak putus-putus berdoa pada ALLAH moga Dia memudahkan segalanya.Hanya Kau ya ALLAH tempat aku bergantung segala harapan.Aku memujuk hati.Aku merancang tapi ALLAH yang tentukan.Aku yakin perancangan ALLAH jauh lebih baik untukku sebab ALLAH tahu apa,sedang dan akan berlaku.
___________________________________________________________________________

‘Keputusan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia tahun 2010 akan diumumkan pada hari ini.Pelajar yang disebut namanya nanti sila naik ke pentas untuk mengambil slip peperiksaan anda’.Guru yang bertugas membuat pengumuman.

Semua murid berasa berdebar.Akhirnya guru yang bertugas memanggil nama pelajar yang berjaya mendapat 9A.Kemudian diikuti mereka yang mendapat 8A dan 7A.

‘Akhir sekali pelajar yang Berjaya mendapat 7A di dalam SPM 2010 ialah Rumaisa Bt Syabab.’Kata guru yang bertugas.

Aku terkedu.Satu sekolah sudah memberikan tepukan gemuruh.Rakan-rakan sudah memeluk diriku.
‘Alhamdulilah’ bisik hatiku.

Mak dan Abah tersenyum.AKu perasan di pipi Abah ada manik-manik suci yang mengalir dari matanya.

‘Yes! Misi Berjaya untuk membuatkan Abah menangis’.Hatiku bermonolog.

Setelah 3 tahun meninggalkan alam persekolaahan,aku Berjaya mendapat peluang menyambung pelajaran di university idaman aku.Tambahan pula aku diterima masuk dalam bidang yang paling aku nak.Cumanya sekarang ini aku yakin dan terlalu yakin janji ALLAH itu benar.

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

Aku bersyukur pada hari ini kerana ALLAH memilih aku menjadi salah seorang warga sekolah itu.Disitu aku di didik dan ditarbiyah.Sekolah itu banyak mendewasakan dan mematangkan aku.Terima kasih kepada mereka semua terutama guru-guru.Mereka bukan hanya mengajar aku untuk cemerlang di dalam peperiksaan tapi lebih dari itu.Memberikan nasihat itu dan ini.Salah satu kata-kata guruku yang masih melekat sampai sekarang.

‘Rumaisa,lepas ini kamu mesti akan rindu sekolah ini balik.Kawan-kawan kamu.Suasana dekat sini.Nanti dekat university suasana sangat lain.Terlalu lain.Pasal itu saya pilih untuk mengajar.Saat-saat macam ini memang mustahil kamu dapat lalui semula.Kalau kamu datang balik sekolah ini pun, orang akan panggil kamu ex-student sini’.’ Ini antara kata-kata Sir yang masih melekat di dalam kepala aku.Aku setuju.