Kipas berpusing laju.Niat untuk menyiapkan Buku Jalinan
Kasih Sayang berkobar-kobar.Tangan membelek rak buku.Tiba-tiba mata terpandang
sebuah majalah.Tersenyum sendirian melihat majalah tersebut.Majalah sekolah
tahun 2007.Waktu itu umurku baru 14 tahun.Pantas sungguh masa berlalu.Zaman
yang penuh dengan suka duka.
________________________________________________________________________________
‘Rumaisa, tahun depan Rumaisa masuk Tingkatan 1 dekat
sekolah belakang rumah kita je la’ kata Mak.
Hatiku membentak.
‘Tak nak lah Mak.Rumaisa nak masuk sekolah berasrama yang
ada aliran agama.Kalau tak dapat nak masuk sekolah asrama pun hantarlah Rumaisa
sekolah lain’ jawabku.
‘Kenapa Rumaisa tak nak masuk sekolah itu?’ mak bertanya.
‘Ye la Mak.Banyak cerita tak best la Rumaisa
dengar.Macam-macam.Ngeri pun ada’ jawabku dengan harapan Mak memahami.
‘Rumaisa,belum tentu lagi cerita itu semua
betul.Kadang-kadang apa yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.’Mak
memujuk.
Sungguh terlalu banyak cerita yang kurang enak aku
dengar mengenai sekolah .Sebab paling
utama aku nak masuk sekolah agama pun sebab aku terlalu sayangkan Bahasa
Arab.Lagi satu aku teringin nak belajar berdikari.Nanti kalau masuk sekolah
biasa mana ada belajar benda-benda ini semua.
Akhirnya aku akur dengan nasihat Mak.Dalam hati tak
putus-putus berdoa pada ALLAH moga Dia memudahkan segalanya.Hanya Kau ya ALLAH
tempat aku bergantung segala harapan.Aku memujuk hati.Aku merancang tapi ALLAH
yang tentukan.Aku yakin perancangan ALLAH jauh lebih baik untukku sebab ALLAH
tahu apa,sedang dan akan berlaku.
___________________________________________________________________________
‘Keputusan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia tahun 2010 akan
diumumkan pada hari ini.Pelajar yang disebut namanya nanti sila naik ke pentas
untuk mengambil slip peperiksaan anda’.Guru yang bertugas membuat pengumuman.
Semua murid berasa berdebar.Akhirnya guru yang bertugas
memanggil nama pelajar yang berjaya mendapat 9A.Kemudian diikuti mereka yang
mendapat 8A dan 7A.
‘Akhir sekali pelajar yang Berjaya mendapat 7A di dalam SPM
2010 ialah Rumaisa Bt Syabab.’Kata guru yang bertugas.
Aku terkedu.Satu sekolah sudah memberikan tepukan
gemuruh.Rakan-rakan sudah memeluk diriku.
‘Alhamdulilah’ bisik hatiku.
Mak dan Abah tersenyum.AKu perasan di pipi Abah ada
manik-manik suci yang mengalir dari matanya.
‘Yes! Misi Berjaya untuk membuatkan Abah menangis’.Hatiku
bermonolog.
Setelah 3 tahun meninggalkan alam persekolaahan,aku Berjaya mendapat
peluang menyambung pelajaran di university idaman aku.Tambahan pula aku
diterima masuk dalam bidang yang paling aku nak.Cumanya sekarang ini aku yakin dan terlalu yakin janji ALLAH itu benar.
"Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah :
Ayat 216)
Aku bersyukur pada hari ini kerana ALLAH memilih aku menjadi
salah seorang warga sekolah itu.Disitu aku di didik dan ditarbiyah.Sekolah itu
banyak mendewasakan dan mematangkan aku.Terima kasih kepada mereka semua
terutama guru-guru.Mereka bukan hanya mengajar aku untuk cemerlang di dalam
peperiksaan tapi lebih dari itu.Memberikan nasihat itu dan ini.Salah satu
kata-kata guruku yang masih melekat sampai sekarang.
‘Rumaisa,lepas ini kamu mesti akan rindu sekolah ini
balik.Kawan-kawan kamu.Suasana dekat sini.Nanti dekat university suasana sangat
lain.Terlalu lain.Pasal itu saya pilih untuk mengajar.Saat-saat macam ini
memang mustahil kamu dapat lalui semula.Kalau kamu datang balik sekolah ini
pun, orang akan panggil kamu ex-student sini’.’ Ini antara kata-kata Sir yang
masih melekat di dalam kepala aku.Aku setuju.
No comments:
Post a Comment