Untuk jadi seindah mawar berduri itu sejujurnya sangat payah. Seolah kata-kata itu hilang daripada kehidupuan seorang Rumaisa. Mana perginya seorang perempuan yang berprinsip itu? Mana pergi sifat berani dalam jiwa seorang Rumaisa? Dan jangan kerana itu engkau mempersoalkan mengapa hati kau tidak tenang!
Duduk senyap-senyap. Kenapa kau memilih nama Rumaisa pada asalnya? Mengapa? Sebab cita-cita kau nak jadi ketua bidadari dalam syurga kan? Kau bercita-cita nak jadi sayap untuk terus membantu dalam kebaikan? Sayap itu tidak semestinya kau mesti menjadi pelengkap untuk imam kau. Imam? Are sure? Berapa kali kau jadi makmum untuk imam yang tersedia di masjid. Kau ada peluang itu tapi kau ketepikan semata nak makan dengan kawan kan? Semata nak berjumpa kawan kan? Semata kau malas kan? Hey bukan ke kau cakap nanti suami kau untuk ummah. So be an independent girl!
Eh Rumaisa!
Ingat dekat bahu kau tergalas amanah. Jiwamu kecewa jiwamu rebah lagi dan lagi. Tapi apa kau lupa segala nikmat yang Tuhan bagi dekat kau? Dasar muka tak malu! Dapat nikmat kau lupa dapat musibah kau merengek. Solat qiam mathurat kau? Al- Quran kau? Itu pun kira bersyukur Dia izinkan kau hidup lagi.
Dah la Rumaisa. Berhenti kecewa berhenti main berhenti semua itu. Ingat Tuhan tak pandang hasil tapi Tuhan pandang usaha. Mak Abah keluarga kau mengharapkan kejayaan kau. Apa yang kau dah janji dalam diri kau? I must be somebody in the future atleast for your future nieces and your nephews.
Jaga nama baik Islam. Ingat Rumaisa. Bila Islam datang baru martabat perempuan diangkat. Manusia yang betul cintakan kau sedang tunggu kau sebut nama dia. Baginda Rasullulah s.a.w Baginda yang bertarung nyawa bermandi darah untuk sebarkan Islam dan membela maruah kau. Kau marah bila hak perempuan dicabuli. Kau marah bila perempuan nak bunuh diri pasal lelaki? Kau marah bila perempuan ke hulu ke hilir dengan lelaki ajnabi. Kau sedih bila kau baca ada perempuan yang sanggup rendahkan harga diri kerana seorang lelaki. Kau panas tambah meluat bila kau tengok lelaki perempuam yang belum kahwin panggil abang sayag.. (sejujurnya nak muntah!)
Then Rumaisa. You must avoid it.Take a first step. Malu tahu bila orang ingat kau baik tapi hakikatnya...Allahu Rabbi. No need to be an icon but atleast help others to remember Allah when they see you. Ingat setiap kali bila kau sakit bila kau mengeluh kenapa mesti Rumaisa kenapa bukan orang lain? Ingat jawapan Mak.. sebab Rumaisa akan jadi penghalang api neraka untuk mak abah. Put effort.Allah will help!
No comments:
Post a Comment