Thursday, 1 August 2013

Kuasa doa

'Assalamualaikum Rumaisa' kedengaran suara seorang lelaki yang agak cemas

'Walaikumusalam,kenapa suara kau macam cuak je?Baru lepas kena kejar dengan hantu ke apa?' Nada suaraku kedengaran pelik.Ya memang aku pelik.Selalunya dia jenis yang tenang.

'Classmate kita accident teruk.Sekarang aku dekat hospital ni.Kalau kau free tolong datang secepat mungkin.Kami tak berapa tau sangat selok belok hospital ni'

'Ya Allah..siapa yang accident?Kau dekat hospital mana sekarang ni?Aku gerak sekarang'

'Syabab.Dia ada dekat emergency Hospital Setapak.Kalau boleh kau sampai sini as soon as possible'

'Ok'

Talian dimatikan.Aku segera menyarung jubah dan tudung labuh berwarna hitam.Kunci kereta di ambil dan meneruskan pemanduan ke hospital tersebut.Had laju yang ditetapkan tidak ku endahkan.Dalam fikiran aku mesti sampai ke sana secepat yang mungkin.

Aku terus bergerak laju ke bahagian emergency.Dari jauh aku nampak semua kawan-kawan lelaki aku.Mereka kelihatan resah.

'Macam mana Syabab.Dia dekat mana sekarang?' Sambil mata melilau mencari.

'Dia ada dekat red zone sekarang.Kitaorang tak boleh masuk dalam.Doctor suruh kami tunggu disini.' Mata Handzalah kelihatan sangat merah.

'Ok.'

Walaupun doctor tidak membenarkan mereka masuk tapi aku tetap cuba meredah.Tak cuba tak tau.Segala skill aku gunakan untuk meloloskan diri dalam bilik rawatan emergency.Akhirnya Alhamdulilah aku lepas.Terima kasih kepada pengalaman hidup.Tak sia-sia aku keluar masuk hospital masa kecil dulu.Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Mesti ada sebab bezanya kita nak tengok atau tidak sahaja.

Kedengaran suara doktor dan jururawat berbincang sesama mereka.Mula-mula aku tak tau mana satu katil Syabab sebab semua tirai katil bertutup.Tiba-tiba kedengaran suara seorang doktor bercakap sambil menyebut nama penuh Syabab.Telingaku jelas mendengar arahan yang dikeluarkan oleh doktor.Mungkin doktor pakar teka ku.

'Syabab mesti menjalani pembedahan dengan segera.Kalau kita lambat kemungkinan besar dia tak dapat diselamatkan'

Aku terkedu.

Doktor tersebut terus keluar dalam keadaan tergesa-gesa.Tanpa menunggu lama aku berlari mengejar doktor lalu mengenalkan diriku.Muka doktor itu agak terkejut bagaimana aku boleh masuk ke sini tapi itu soal kedua.Soal pertama ialah keselamatan Syabab.Aku menggangguk lemah apabila doktor menerangkan keadaan sebenar Syabab.

Sementara aku cuba menenangkan diriku doktor memberikan borang untuk di isi.

'Borang Kebenaran Melakukan Pembedahan'

Doktor meminta aku memanggil waris terdekat Syabab.Keluarganya semua ada di Kelantan.Aku buntu.Aku meminta masa paling lama 15 minit.Aku mahu berbincang dahulu bersama kawan-kawanku yang setia menunggu diluar.

Aku berlari menuju ke arah kawan-kawanku.Dalam masa yang sama ada beberapa mata memandangku.Mana tak pelik perempuan yang berjubah dan bertudung labuh berlari di tempat awam.Tapi aku rasa dengan riak muka ku sekarang ini semua boleh mengagak yang aku dalam keadaan terdesak.Biarkan mereka.

Setibanya aku di hadapan mereka,bertubi-tubi soalan yang diajukan.Aku menarik nafas dalam-dalam lalu mencuba sedaya upaya menerangkan keadaan Syabab dalam ayat yang paling ringkas.Salah seorang dari mereka hampir pengsan apabila mengetahui keadaan sebenar.Belum sempat aku memberitahu mengenai borang pembedahan itu kelihatan seorang perempuan dengan wajah yang amat sayu.Aku dapat mengagak itu kakak Syabab.

Sehari sebelum Syabab mengalami kemalangan dia memuat naik foto di account facebooknya bersama kakaknya.Dengan pantas aku menegur kakak tersebut. Aku menceritakan keadaan sebenar.Syukur kakak tersebut kelihatan sangat tenang.Aku menyerahkan borang tersebut.Dengan lafaz yang paling mulia iaitu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang Kak Siti menandatangani borang tersebut.

Aku menitiskan air mata.Alhamdulilah.Pertolongan Allah hadir tepat pada masanya.Paling penting sentiasa bersangka baik kepadaNya.Sebenarnya dari mula aku mendapat berita ini hatiku tak putus-putus berdoa.Alhamdulilah.Pembedahan sepatutnya dilakukan pada jam 3 petang tapi berjaya diawalkan pada jam 2 petang.Syukur!

Selepas hampir 8 jam menunggu di ruang menunggu akhirnya doktor yang mengetuai pembedahan Syabab keluar.Dia memberitahu bahawa keadaan Syabab dalam keadaan terkawal dan pembedahan berjaya.Doktor juga memaklumkan berdasarkan kes-kes sebelumnya selalunya pembedahan yang dilakukan memakan masa lebih 8 jam kerana prosesnya yang rumit.Entah kenapa berbeza dengan kes Syabab.Aku tersenyum.

Selepas Syabab masuk dalam dewan pembedahan aku mengarahkan kawan-kawan ku melakukan solat hajat beramai-ramai dan membaca yassin.Mohon Allah permudahkan segala-galanya.Dalam masa begini hanya Allah tempat kami bergantung.

Benarlah Allah membantu!



No comments:

Post a Comment